jendela perpindahan musim panas bagi tahun 2011-2012 sudahpun berlalu dimana kita dikejutkan dengan pelbagai berita perpindahan pemain ternama dan banyak lagi kisah2 yang bersangkut paut dengannya...tapi apa yang mendukacitakan aku adalah urusan perpindahan melibatkan pasukan kegemaran aku, Arsenal FC masih lagi agak mendukacitakan..walaupun boleh dikatakan nama-nama yang menyertai Arsenal boleh dikelaskan sebagai pemain ternama namun kredibiliti dan attribute mereka masih boleh diklasifikasikan sebagai kurang meyakinkan..
kenapa aku berkata sedemikian?mari kita buat sedikit close up~~
|
Carl Jenkinson |
bagi aku Jenkinson masih lagi mentah untuk beraksi di dalam kancah Liga Perdana Inggeris. Walaupun beliau dianggap berpotensi kerana versatiliti dan kepantasannya, beliau dilihat masih lagi kurang berpengalaman.dibeli daripada skuad simpanan Charlton, beliau masih lagi kurang bermain secara kompetitif.
|
Per Mertesacker |
perpindahan mertesacker dari Bremen ke Arsenal sangat mengejutkan aku kerana beliau bertentangan dengan kriteria pemain yang diingini Wenger. sewaktu aku sedang menunggu pembelian Gary Cahill dan Chris Samba, Wenger mengejutkan semua peminat Arsenal dengan menandatangani pemain ini. selaku tonggak pertahanan utama skuad Jerman, kredibiliti pemain ini sukar dipersoalkan. walaubagaimanapun, beliau tidak dilihat mampu menyesuaikan permainan Liga Inggeris dimana dominasi dan kepantasan adalah perkara utama yang perlu untuk berada di posisi pertahanan.
|
Andre Santos |
posisi bek kiri menjadi persoalan aku lebih-lebih lagi selepas pemergian Gael Clichy. melihat bek kiri sedia ada Arsenal seperti Kieran Gibbs dan Armand Traore membuatkan aku merasakan posisi itu agak kurang meyakinkan. Kieran Gibbs sukar meletakkan dirinya di dalam status boleh bermain sepanjang musim manakala Armand Traore pula sukar untuk mempamerkan persembahan konsisten. menyebut tentang Andre Santos, aku menganggap bahawa beliau sesuai untuk mengisi posisi bek kiri Arsenal. apa yang merisaukan aku adalah kebolehan beliau di dalam aspek pertahanan dimana ketiga-tiga pemain di posisi ini tidak kurang bezanya kerana mereka bermain baik dengan corak serangan dan kurang ketika bertahan. apa yang menjadi kelebihan kepada pemain di atas ini adalah pengalamannya dimana beliau telah bermain untuk banyak permainan kompetitif dan beliau juga mewakili negaranya di posisi bek kiri.
|
Mikel Arteta |
siapa tidak kenal pemain ini dimana beliau sudah mewakili Everton untuk beberapa musim. beliau dikatakan boleh menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Cesc Fabregas. aku melihat beliau sebagai seorang pemain yang memiliki skil hantaran yang baik, memiliki pemerhatian dan gerakan yang baik dan juga boleh membuat assist sama seperti Fabregas. tapi apa yang merisaukan aku adalah beliau sukar untuk meletakkan dirinya sebagai pemain yang boleh bermain sepanjang musim dan keupayaannya untuk menyaingi kehebatan Fabregas.
|
Alex-Oxlade Chamberlain |
dilihat sebagai prospek untuk skuad England, pemain ini menjadi buruan beberapa kelab besar di EPL. dan pemain ini memilih Arsenal sebagai kelab yang akan meningkatkan potensinya sebagai pemain, mengikut jejak Theo Walcott. aku melihatnya sebagai seorang pemain yang pantas, memiliki kawalan bola yang baik, kekuatan fizikal yang baik dan yang penting sekali boleh menjaringkan gol. tapi di usia seawal 18 tahun, amat sukar untuk meyakinkan diri aku apatah lagi peminat lain yang pemain ini mampu memberi impak dan seterusnya menjadikan Arsenal tajam di bahagian serangan..(pada masa ini lah)
|
Yossi Benayoun |
pemain ini pada aku boleh diklasifikasikan sebagai pemain yang hebat sewaktu bermain untuk Liverpool. namun beliau di Chelsea sering dihantui dengan kecederaan. kini usianya pada 31 tahun, aku berasa agak khuatir dengan kebolehannya. diletakkan di posisi wide man, posisinya sudah maklum boleh diisi dengan barisan pemain sedia ada seperti Walcott, Gervinho, Arshavin dan lain-lain lagi.
|
Park Chu Young |
dibeli daripada AS Monaco, pembeliannya dianggap sebagai menguntungkan dari segi ekonomi. Kapten Korea Selatan ini memiliki kelebihan yang diinginkan daripada seorang penyerang. apa yang membimbangkan adalah kebolehan beliau menyesuaikan diri dengan gaya permainan Arsenal. statistik menunjukkan beliau sebagai penyerang yang baik dihadapan gawang tetapi beliau dilihat sebagai seorang pemain yang tidak dapat membuat link up play with team mate dimana tiada sebarang assist dilakukan oleh pemain ini sepanjang musim lepas.
masih terlalu awal untuk menilai barisan pemain baru Arsenal ini. musim 2011-2012 masih lagi berjalan dan kesemua pemain ini boleh membuktikan potensi diri mereka. akhir kata, pada akhir musim kita akan melihat sumbangan mereka kepada Arsenal dan lepas tu bolehla tepuk dada tanya diri sendiri..:p
No comments:
Post a Comment