Melepaskan sesuatu yang penting di dalam hidup kita sememangnya sesuatu perkara yang paling sukar yang akan kita lakukan. Ianya sama seperti memisahkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan di dalam hidup kita..
Semua orang akan berasa perkara yang sama jika berada di situasi ini. Ada yang naik gila pun ada di dalam proses melepaskan sesuatu yang penting di dalam diri. Kalau yang jiwa kental mungkin dapat menanganinya secara positif. tetapi bagaimana sekiranya sesuatu perkara itu memudaratkan diri kita sendiri, bagaimana sekiranya kita tidak dapat menerima suratan itu, dan banyak lagi persoalan yang timbul sewaktu berada di dalam dilema ini.
Alangkah untungnya sekiranya kita dapat melepaskan sesuatu yang penting itu dengan baik. bukan sahaja untuk kebaikan sendiri malah dapat membawa kebaikan kepada orang lain. alangkah mudahnya sekiranya dapat melepaskan sesuatu itu seperti kerlipan mata ataupun hembusan nafas jadi tiada yang akan merasa kecewa yang teramat daripada perpisahan itu. Bagaimana pula untuk mengubat hati yang terguris dek perpisahan yang berlaku? adakah luka di hati pada hari ini akan terubat pada keesokan harinya?
Tiada sesiapapun yang menginginkan perpisahan ataupun melepaskan sesuatu yang penting dan berharga daripada hidup. tidak semua insan pun yang dapat melupakannya dengan mudah. namun adat kehidupan tertulis bahawa dimana ada pertemuan di situ juga ada perpisahan. semoga perpisahan ini akan menjadi pengalaman yang berguna dan menjadikan diri kita lebih matang di masa akan datang..
No comments:
Post a Comment